Tuesday, August 11, 2009

JEJAKI ILMUAN DI KALANGAN PENGAMAL MEDIA

Penulis : Mohd Fahmi bin Idris

Shah Alam – Bahagian Majikan, JDK melalui program Jejak Ilmuan kali ini berkunjung ke Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB). Tujuan program ini dianjur untuk merapatkan jalinan ukhwah dan memantapkan strategi dakwah bersama para Ilmuan dikalangan pengamal media.

Kunjungan Jejak Ilmuan ke GISB di Kota Damansara disambut mesra oleh Cikgu Murad. Pejabat berkembar 2 pintu setinggi 3 tingkat ini merupakan Pusat Pentadbiran yang terbaru yang sebelum ini beroperasi Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. GISB terkenal dengan menghasilkan karya popular di rancangan televisyen antaranya JULIA dan CINTA MADINAH serta penerbitan majalah ANIS.

“Kami sangat gembira dan terkesima dengan kehadiran pegawai LZS. Kami melihat pembabitan LZS dewasa ini sangat berkesan khusus dalam mempromosikan Zakat di media.” Antara intipati ucapan aluan dari Pengarah Urusan syarikat, Ustaz Abu Hassan Murad atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Murad di kalangan kakitangan dan kenalan rapat beliau.

Program ini memberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan melihat pendekatan ilmu digarap untuk manfaat ummah. Semoga program ini dapat memberi maklum balas khususnya idea baru dalam memastikan perlaksanaan kutipan dan agihan di LZS dapat dijalankan dengan lebih baik.

Menurut Ketua Bahagian Majikan JDK, Azhar Yahya Arif, kunjungan ini merupakan kunjungan pembinaan perkongsian strategik dalam memantapkan dakwah zakat. “Ianya perkongsian maklumat yang lebih khususnya kepada bidang penulisan dan penerbitan yang merupakan antara cabang penting penyampaian maklumat kepada masyarakat’. Ujar beliau.

InsyaAllah beberapa siri usahama LZS bersama GISB sedang giat diatur, antaranya program Kembara Semarak Ramadhan yang akan muncul tidak lama lagi bersempena hadirnya bulan Ramadhan Al-Mubarak.










JEJAK ILMUAN EDAR 100 POSTER HANYA KLIK : SKIM BERKAT KEPADA PPAS


Penulis : Noorul Izan Ahmad Suki


Shah Alam – Jejak Ilmuan kali ini berkesempatan untuk mengedarkankan 100 buah poster untuk lebih dimanafaatkan lebih daripada 100 buah perpustakaan di negeri selangor semasa membuat kunjungan ke Ibupejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), yang bertempat di Shah Alam baru-baru ini.

Ianya satu pengalaman yang cukup menarik untuk dikongsi . Satu strategi dakwah telah diatur dalam memastikan setiap perpustakaan dibawah selian PPAS mendapat maklumat yang sewajarnya berkaitan operasi kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Dakwah & Kutipan, LZS , Puan Hajjah Adibah Abdul Wahab “LZS berhasrat untuk terus memastikan informasi berkaitan dengan zakat dapat disalurkan dengan sebaik mungkin keseluruh premis kerajaan dan swasta di seluruh negeri Selangor”.

Ia bukan sahaja berwajah baru, apa yang lebih penting peranan yang dimainkan oleh PPAS dalam menjadi hub masyarakat yang dapat membina kekuatan spiritual, emosi dan intelektual individu melalui persekitaran yang kondusif dan pembelajaran yang dinamik amat jelas dipamerkan semasa kami membuat kunjungan ke sana.

“Peranan PPAS dalam memartabat budaya membaca kepada masyarakat tidak boleh dipandang enteng kerana tuntutan mencari ilmu adalah suatu perkara yang wajib. Kita berharap PPAS bakal menjadi pusat tumpuan bukan sahaja menelaah buku tetapi memanfaat kemudahan internet 24 jam, cd lagu, pinjaman vcd filem, kafetaria dan banyak lagi”.

“Kami berharap dapat menjayakan hasrat LZS dalam memastikan informasi Zakat tersampai di setiap PPAS seluruh Negeri Selangor.” jelas Pengarah PPAS, Puan Mastura Haji Mohamad.

Thursday, July 9, 2009

PERWIRA DI MEDAN DERITA


Jam sudah menunjukkan hampir 1 pagi. Tapi ntah mata masih belum menunjukkan rasa ingin merehatkan diri. Tiba-tiba hati ini teringat akan petikan lagu wajah yang lebih kurang yang aku sempat tangkap adalah " Kaulah Perwira, Di Medan Derita, Meredahi Ranjau Kehidupan, Dengan Harapan...Luahan Rasa Derita Jiwa, Pada Wajah Tiada Rahsia,...Usah Kau Berputus Asa.."

Bersyukur atas kurniaan dariNya. Mungkin hari ini hari mereka, hari kita siapa yang tahu? hari isteri kita siapa yang tahu? hari anak kita siapa yang tahu? Justeru ayuh teman-teman bersama kita turun ke bawah, merasai sedikit derita yang mereka alami. Bantu dan bahagiakan mereka dengan menunjukkan jalan menuju sinar bahagia kehidupan.


Friday, May 8, 2009

TAK SENONOH


Ingatkan bohjan, bohsia, bohtua, mat dan minah rempit je yang agak "terlatih" untuk melakukan perkara yang dikategorikan sebagai perkara "Tak Senonoh". Nampaknya fenomena tersebut sudah mula berjangkit kepada orang yang suka dan senang untuk mengheret "Tuan Speaker" bagi tujuan tak lain dan tak bukan untuk "memanjat" takhta kemenangan cara "cut and paste". Sedangkan apa yang mereka perolehi selama ini adalah kekalahan demi kekalahan, yang memungkin sedikit masa mereka akan yang merasa "kepanasannya" dengan bara yang mereka cipta.

"Tak Senonoh" cuba di "Senonohkan" maka jadilah mereka nampaknya seperti golongan angkuh, pandai buat undang-undang tapi tak hormat dengan undang-undang yang mereka cipta. Keluruhan Perlembagaan yang selama ini disanjung hanya buat pemanis bibir bermain kata mendaulatkan "rules of law" sedangkan dalam masa yang sama "rules of law" kini sudah menjadi "law of rules" ekoran dari "Tak Senonoh" nya mereka kepada rakyat yang secara terang-terangan sudah muak dan jijik dengan perlakuan bangsat mereka.




Monday, May 4, 2009

MAWADDAH FIL QURBA


Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal sholih. Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”. Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mensyukuri”. QS. Asy Syura (42) : 23

Persoalannya, dalam pada kita merasakan rasa cinta kepada Rasululullah SAW. Apakah turut sama kita menyatakan cinta kepada keluarga baginda? Siapa ahli keluarga baginda yang turut tergolong dalam golongan maksumin ? berdasarkan firman Allah SWT ;

"Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya." (QS. al-Ahzab: 33)

Masih banyak yang belum terjawab dan dirungkaikan. Ayuh bersama kita rungkaikan.


Sunday, May 3, 2009

CamRY vs ZamRY


Gegak gumpita juga bila kerajaan berstatus "kudeta" memutuskan untuk melelong kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan oleh exco kerajaan sebelumnya. Tok Z kata dengan lelongan yang bakal diadakan nanti, jangkaan pulangan melebihi nilai semasa harga bakal berlaku. Wah kayo la Tok Z dan konco-konconya.

Persoalannya, Tok Z dan konco nak pakai kereta apa pulak lepas ni. Mercedez, macam Terengganu? aku rasanya tak mungkin Tok Z sanggup membazir. Tok Z dengar citer orangnya amat berhemah. Rasanya mungkin lepas ni Exco disarankan untuk guna kereta kancil aja. Lebih jimat dan lebih pantas.

Kedah pula dijangka akan terus mengekalkan kenderaan rasmi dengan jenama Proton, apa lagi kalau bukan Perdana. Tak da pula yang datang memuji kata MB Ustaz tu baguih..still pakai kereta Perdana.

Moral of the story..uiihh besarnya kuman ni..eh apsal gajah yang baru lalu tadi tak nampak erkk..mmmaalaasss aku nak ulas..ko buat la ulasan sendiri, jumpa lagi.

p/s : tersenyum teringatkan Camry 2.4 dijadikan sebagai teksi je..di Saudi Arabia.



Friday, May 1, 2009

TOK WAN CHIN PENG

1. Kelihatannya ada yang melahirkan rasa sedih dan bersimpati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas "kapla komunis" untuk masuk ke Malaysia. "Yang sudah tu sudahlah Chin peng pun dah tua..biarkan je la di masuk nak mati kat sini" kata Samad sambil menunggu giliran bertemu kawanku Maksin. Namun tak kurang juga ramai yang gembira dengan keputusan tersebut.
2. Realitinya keputusan Mahkamah Persekutuan ada kewajarannya apabila "Tok Chin Peng" gagal untuk membuktikan kelahiran beliau di bumi Malaysia yang suatu ketika dulu disebut sebagai Tanah Melayu. "Elloo apek aa mana lu punya sulat belanak".."kalau takde lu tak boleh masuk ooo sini Malaysia" lawak Pak Leman di kedai kopi, sambil disambut ketawa oleh rakan-rakannya.
3. Keputusan Mahkamah Persekutuan juga, suatu gambaran ketegasan. Kerana kalau hendak dikira "eh sian diaa..." memang ramai yang kesian..termasuk la diri yang menulis ni..apa-apapun Pepatah Melayu pernah memberikan suatu ingatan kepada kita bahawa "bila kucing tidak bergigi, banyak tikus melompat tinggi".
[Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusannya berkata, dokumen itu penting untuk menentukan status Chin Peng memandangkan Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng] - Petikan Bernama